Nasi Campur Malam Penang - Pak Su Curry House , Kari Kepala Ikan

8 years ago
Nasi Campur. Biasanya wujud di waktu tengah hari je. Dan waktu malam, option yang ada untuk orang bujang selalunya kedai tomyam yang jual menu goreng goreng atau mamak yang ada nasi kandar. Dan aku dah muak makan semua tu.

Untuk aku yang melayu, biasalah kalau kat rumah makan nasi berlauk untuk makan malam kan? Selama aku hidup ni, memang impossible la nak cari kedai melayu nasi campur yang bukak waktu malam ni. Harapan je la kena tunggu wujudnya bini dalam hidup ini untuk masak dinner lauk time malam. TAPI KINI TIDAK LAGI!

Satu je aku nak cakap kalau makan kat sini. Rasa dia macam makan kat rumah nenek kita. Sebab rasa dia, pergh, semua cukup. Masin cukup, manis cukup, pedas cukup, and lauk dia semua fresh! Lepaih tu, harga dia masuk akal.
Power la nek masak


Kebanyakan kedai berlauk kat penang ni, harga dia kurang hajor! Lagi lagi kalau kau bercakap dialek takda bunyi Utara, memang silap la, dia ketuk ko sampai mampuih - aku dah kena, sebab aku org KL yang baru pindah Penang. Paling celaka aku kena, aku amik lauk daging kena rm 12. Dia kata sebab kira daging tu seketul RM4. Cucake betul, kalau daging tu besar takpa la, ni takat besar ibu jari aku, aku pun amik je la 3 ketul sebab kat KL kira ikut satu cedok. Orang sini cakap mahal sebab tokay kedai nak naik haji tiap2 minggu.

Dah, cukup mengomel, jom tengok barisan lauk kat kedai ni

Ikan Bawal dia fresh gilerr doo. Kepala ikan ni pun aku telan.

Ini personal feveret aku. Kat penang je boleh jumpa! Diorang goreng sekali dengan bawang

 Macam macam sayur ada

 Yang 2 ni paling win. Daging and paru dia, tak pernah mengecewakan. Korang WAJIB ambik

 Kari dia tak payah cakaplah kan. Ada lain jenis kari untuk lain jenis ikan. Termasuk Kari Kepala Ikan besar gedabak (RM40++)



Senang cerita, lauk dia tak da la banyak mana, tapi satu aku boleh jamin, confirm semua sedap macam mak nenek yang masak! So, kalau korang kat penang, lapaq nasi, jangan buang masa pergi cari nasi kandar mamu, korang datang je sini try kari kepala ikan dia. Boyekkkkkkkkkkk.



RATING KESEDAPAN:
TAT TOL / MEH / SEDAP SEDAP GILA BABS

RATING HARGA:
BAKHIL TEGHOK / OK LAH / MURAH DOH TOKEY MAKAN APA?

RATING NAK DATANG LAGI?:
BAKOR TEMPAT NI / TENGOKLAH / HARI HARI MAU

4 ulasan:

  1. ni kne tunggu wak kawin la.. boyekkk ni

    BalasPadam
  2. Haha of cozzz. Kena try kepala ikan ramai2

    BalasPadam
  3. Nice review! Thanks. Stay je area Bayan Lepas tp tak mmg tak pernah tahu kewujudan tempat makan ni. hehe! Nanti nak bawa mak p makan :D

    BalasPadam
  4. Yesss! Sila2. Dijamin sedap dan sejuk hati ibu mengandung!

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.